Thursday, April 22, 2021

Projek Huriken Aku

Sekitar awal tahun 2016, Aku telah membeli sebuah Honda Huriken dari sahabatku Zaim di Ipoh. Ini bukanlah huriken pertama yang aku beli kerana aku telah membeli sebuah bangkai huriken (kira sebijik moto tanpa geran) dari kenalanku seorang Guru Sekolah di Shah Alam. Aku sangat teruja kerana berjaya mendapatkan sebuah motor untuk ku mulakan satu projek restorasi dan naik taraf barangkali..

Motor yang ku beli ini tidak lah begitu sempurna sifatnya..tetapi sahabatku Zaim telah menggantikan beberapa part yang dirasakannya boleh membahayakan nyawaku sekiranya menggunakan motor ini on the road (baik budi sahabatku ini)..Maka bermulalah proses restorasi dan naik taraf motosikalku ini..



Bagi aku pula, dapat je motor terus melakukan kerja-kerja pembaikan enjin, upgred komponen termasuk memasang gear box 5 speed..tapi aku masih mengekalkan penggunaan klac auto dari huriken kerana ada projek yang lebih menarik untuk ku lakukan bagi menggunakan sistem klac manual..aku bercadang utk menggunakan sistem klac hidrolik..baru boleh pakai 2 tabung pam macam ducati..huhuhu

Masa ni aku masih menggunakan con rod asal dari huriken dan tidak menukarnya kepada yang baru bagi tujuan lenjan motor tu secara berterusan..dalam masa yang sama juga aku turut menyarungkan baju baru kepada huriken ku ini..atas kekangan mendapatkan alatan yang asal, aku menggunakan baju dari saudara kembarnya di Thailand iaitu Nova Dash RS..sungguhpun berlainan cesi, namun ianya masih boleh disesuaikan dan dipadankan dengan cesi huriken..

Bohonglah kalau aku kata takde buat kerja-kerja fabrikasi, tapi ia hanyalah pada tahap yang minima. Aku menggunakan keseluruhan set termasuk dengan seat dari Nova Dash RS tu..bahagian kunci memang perlukan sedikit ubahsuai untuk disamakan dengan alatan yang asal..

Aku mulakan proses restorasi + upgred dengan penuh kasih sayang dan berhati-hati..tak boleh kelam kabut sebab barang-barang huriken ni susah nak dapat..kalau ada pon..tu dia kat Thailand..


Dalam masa yang sama, aku turut menukar wiring asal motor ini kepada jenis 5 speed untuk disesuaikan dengan sistem gear yang telah aku ubahsuai..Alhamdulillah untuk ubahsuai minima ini aku tak pernah sangkut lagi dengan JPJ..

Disebabkan aku menggunakan sistem gear 5 Speed auto clutch, rupa bentuk enjin motor aku masih kelihatan sama seperti yang asal..bagi yang nak menggunakan sistem gear 5 speed ni ianya memang boleh dilakukan..dan plug n play dengan casing enjin yang asal..jadi tak perlulah korang nak stamp no enjin ke casing enjin dari Thailand ni..tukar isi perut je..tapi kena pastikan komponen tu dapat lengkap semua sekali..barulah ianya boleh dilakukan..

Apa kelebihan gear 5 Speed ni?? Banyak juga kelebihannya..di samping jimatkan minyak sebab ada gear yang overdrive, top speed juga turut meningkat..motor aku dengan blok enjin kecil (0.50) boleh lari abis meter..boleh la menyakat 125z yg standard tu..Apa yang aku kongsi di sini adalah pengalaman sendiri menggunakan gearbox 5 speed ni..satu lagi yang best pasal gear ni ialah kita boleh rasa feel macam bawak RXZ 5 speed masa tukar gear..Ini kerana Gear 1 adalah tekan manakala gear 2 - 5 congkel..memang steem main gear..

 


Inilah wajah motor ku kini setelah diubahsuai..terima kasih diucapkan kepada pembekal-pembekal parts sehingga ia dalam keadaannya sekarang..terima juga diucapkan kepada sahabat-sahabat dari Grup Legasi Honda Underbone yang sama sama mencetuskan idea sehingga aku berjaya menyiapkan motor ini..Alhamdulillah berkat dari air tangan ku sendiri berjaya ia disiapkan..










 Dah lama sangat aku tak update dalam blog ni..dari memula aku dapat NX105 sampai kepada aku ada sendiri Hurricane..daripada rangka yang aku dapat..sampai jadi sebuah motor yang boleh bergerak ke sana ke mari..Azam aku untuk tahun 2021 ni untuk menyiapkan semua projek yang ada dengan bantuan mesin-mesin yang aku buat sendiri..